Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

150,000 Kondom Di Sukan Olimpik

on 21 July 2012


Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit.

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom.

‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror.

Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Gambar Terbaru Anak Tomok Dan Ayu Yang Comel

on 20 July 2012

Mari lihat gambar terkini anak Tomok dan Ayu yang diberikan nama Arrian Shah Akid. Ini merupakan cahaya mata yang pertama bagi pasangan suami isteri terebut. Untuk pengetahuan anda, pada 29 mei 2012, anak pasangan Tomok dan Ayu telah selamat dilahirkan. Bayi lelaki mereka kelihatan sangat comel dan kini setelah berusia sebulan setengah.

Mari Baca Puisi Romantis Johan As’ari Kepada Nabila Huda


Sekitar jam 3.00 pagi tadi, Johan As’ari melalui Twitter beliau menulis bait bait puitis yang disertakan nama Nabila Huda dan yang pastinya ianya sekadar tulisan.

Mari kita baca puisi romantis yang ditulisnya di laman Twitter Johan As'ari kepada kekasihnya, Nabila Huda.

 
 
 
 
 

Biar Mayat Ibu Terlantar Busuk


Dipercayai kerana kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya itu untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.

Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.

Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved