Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Tarawih Berdarah

on 22 July 2012


Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.

Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.

“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.

Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.

“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.

Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.

“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

(Video) Polis Belasah Remaja Dengan Tangan Bergari

on 21 July 2012


Mula-mula, mesti kita fikir siapa yang rakam? Lepas itu,  kita mesti fikir kenapa dia rakam? Kemudian, kita pasti akan fikir apa tujuan dia sebarkan hal tersebut? Itu juga perkara yang aku terlintas di fikiran aku. Para pembaca boleh melihat video di bawah ini.

Soklan pertama, siapa yang rakam? Penulis tidak tahu tetapi yang aku tahu mereka rakam guna telefon bimbit (handphone) kerana itulah satu-satunya alat yang boleh merakam yang boleh dibawa masuk ke sana sini tanpa sekatan..


Gadis 13 Tahun Hamil Selepas Berenang Dalam Kolam Renang


Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir. Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

SUMBER

Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Malam Tadi 20 Julai 2012


Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved