Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Jual Cendol RM120,000 Sebulan

on 26 July 2012


“Saya pernah diisytiharkan muflis hingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank,” kata Muhamad Burhan Salikon, 45, peniaga cendol di sini yang mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

Muhamad Burhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, di sini memulakan perniagaan itu sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008.

Katanya, dia mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mampu membeli lori dan beberapa van serta menggaji pekerja.

Muhamad Burhan berkata, selepas perniagaan cendolnya maju, dia cuba menjalankan perniagaan berkaitan balak dan kayu getah, namun bapa kepada sembilan anak ini tersilap langkah hingga diisytiharkan muflis pada 2002.

“Waktu itu memang susah. Bayangkan anak sedang membesar dan saya tiba-tiba hilang segala-galanya.

(Gambar) Fasha Dan Jejai Sambut Hari Jadi Berdua-Duaan

"Happy Birthday cinta hatiku... Just the two of us", demikian ucap Fasha Sandha pada suaminya Jejai sempena hari lahir Jejai yang ke-36 semalam.

WAH!!! Seronoknya sambut berdua ala-ala pasangan baru bercinta. Apapun, tahniah diucapkan pada Jejai dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Hehe

 
 

SUMBER

Mamat Sepah Tunjuk Samseng Di Twitter


Ingat kisah kemalangan Zed Zaidi awal hari semalam yang rupa rupa’nya sekadar babak lakonan sebuah drama? Berita tidak benar ini di’mulakan oleh Mamat Sepah. Ya.

Mamat Sepah melalui akaun Twitter beliau mengirimkan gambar ‘kemalangan’ Zed Zaidi awal pagi semalam yang telah mencetuskan keadaan panik di’kalangan media & peminat.

Walaupun gambar tersebut telah di’sahkan tidak benar, Mamat Sepah tidak mengambil langkah untuk meminta maaf atas ketelanjuran beliau menyebarkan gambar itu.

Beberapa orang peminat & individu dari pihak media menegur perbuatan Mamat Sepah itu namun pelawak ini mengambil jalan untuk melatah dan berlagak samseng.

Anda boleh lihat semua tulisan beliau di Twitter di’bawah dan rasanya jika Mamat Sepah lebih bersifat terbuka & membuang ego untuk meminta maaf, perkara sebegini tidak akan berpanjangan.

 
 

SUMBER

Memancing Ikan Di Bawah Tanah

on 25 July 2012

Bunyi macam pelik, tapi ianya adalah benar. Terdapat ikan dibawah permukaan tanah disebuah negara Brazil. Lebih menarik lagi ikan yang terdapat di permukaan bawah tanah bukan ikan kecil tetapi ikan besar turut ada.

Kawasan ini merupakan sebuah paya yang diliputi dengan tumbuhan serta tanah. Kebanyakan ikan besar yang pemancing dapat adalah ikan jenis yang sama.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved