Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Jual Cendol RM120,000 Sebulan

on 26 July 2012


“Saya pernah diisytiharkan muflis hingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank,” kata Muhamad Burhan Salikon, 45, peniaga cendol di sini yang mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

Muhamad Burhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, di sini memulakan perniagaan itu sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008.

Katanya, dia mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mampu membeli lori dan beberapa van serta menggaji pekerja.

Muhamad Burhan berkata, selepas perniagaan cendolnya maju, dia cuba menjalankan perniagaan berkaitan balak dan kayu getah, namun bapa kepada sembilan anak ini tersilap langkah hingga diisytiharkan muflis pada 2002.

“Waktu itu memang susah. Bayangkan anak sedang membesar dan saya tiba-tiba hilang segala-galanya.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

pendapatan 90000 ke 120000 tu waktu jual cendol ker atau time tgh kaya dulu......jual balak?


26 July 2012 at 15:10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved