Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

RM 50,000 Hangus Dalam Ketuhar

on 28 July 2012


Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473). Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.

Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.

“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar.

4 Perompak Guna Renjatan Elektrik Samun Pemilik Butik


Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.

Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.

“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.

“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.

Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.

Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.

Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.

“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.

“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.

Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.

Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Pelik! Anggota Badannya Dicuri Ketika Sedang Tidur

on 27 July 2012


Seorang lelaki yang berasal dari China melaporkan sebuah kes pencurian kepada pihak polis tempatan. Bukan sembarang barang yang hilang, melainkan kemaluan lelaki itu yang hilang dicuri. Fein Lin, nama lelaki tersebut, mengaku bahawa pencurian tersebut terjadi ketika dia sedang tidur.

Fein Lin yang sedang terlelap merasa ada seseorang yang menutup kepalanya dengan sebuah benda, lalu menurunkan seluarnya. Anehnya Fein Lin tak merasakan sakit. Ketika pihak pencuri telah lari, akhirnya Fein Lin membuka tutup kepalanya, dan dia melihat banyak darah.

Menurut jangkaan sementara ada kemungkinan pencurian ini dilakukan oleh orang yang iri pada Fein Lin, karena dia memiliki hubungan dengan beberapa wanita sekaligus di kawasan rumahnya. Fein Lin yang masih terkejut kini dirawat di rumah sakit tempatan.

SUMBER

(Video) Penerjun Udara Maut Dilanggar Kapal Terbang Ketika Melakukan Terjunan


Seorang penerjun udara mati dan dua yang lain cedera dalam kemalangan di Boituva. Menurut laporan awal pengajar terjunan udara yang bernama Alex Adelman, meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Dia dilanggar oleh pesawat yang membawanya dan penerjun lain selepas melakukan terjunan. Dua penerjun lain cedera apabila Alex merempuh mereka selepas dilanggar. Polis memulakan siasatan selepas penerbitan video di bawah.


Di bawah pula adalah video simulasi untuk menjelaskan bagaimana nahas berlaku.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved