Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Buta Akibat 40 Mercun Bola Meletup

on 30 July 2012


Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.

Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.

Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.

“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.

“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.

Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.

“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.

Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.

“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

Kereta Kebal Jadi Bahan Buangan

on 29 July 2012

Ingatkan kereta biasa sahaja yang jadi bahan buangan, tak sangka pula kereta kebal. Setiap benda yang dicipta manusia ada susut nilainya juga.

 
 
 
 
 
 
 
 

SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi

Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(8 Gambar) Shila Amzah Bertudung Pada Bulan Ramadhan

Jika baru-baru ini, buah hatinya, Sharnaaz Ahmad ingin berubah sikap 'panas baran', kini mungkin Shila pula mencuba mahu berubah di bulan Ramadhan. Ikhlasnya, Shila nampak manis bertudung berbanding personalitinya sebelum ini.

Harapan kita, agar ia akan menjadi rutin harian Shila dan bukan hanya di bulan Ramadhan semata-mata. Kerana yang sukar itu pasti ada hikmahnya dikemudian hari. Bak kata pepatah, yang pahit itu manis akhirnya, manakala yang manis itu pahit akhirnya! Tak gitu?

  
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved