Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Irma Hasmie Sudah Mengandung???

on 31 July 2012


Bukan kata peminat Irma Hasmie, kami sendiri boleh tahan teruja kalau perkhabaran ini benar belaka dan datang dari mulut empunya badan sendiri.

Namun, satu gossip yang mula bertebaran hari ini sebenarnya merupakan salah faham pengikut Irma Hasmie di Twitter akan kenyataan beliau kepada seorang rakan.

Baru baru ini, Irma Hasmie telah menulis kenyataan kepada rakan melalui Twitter mengucapkan tahniah atas kandungan & gembira kerana rakan’nya kini sudah bertiga.

Namun kenyataan Irma Hasmie itu telah di’salah anggap oleh sesetengah pengikut beliau yang terus mengucapkan tahniah kepada pelakon & pengacara ini tanpa sebab.

Kami cuba menghubungi Irma Hasmie untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan beliau namun panggilan tidak berjawab dan rasa’nya kini tidak perlu.

 

SUMBER

Gempar!!! Ady Putra Kena Tipu RM 19,000


“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.

Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.

Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni.

(Gambar) Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka Puasa


Entah tiada ribut tiada angin semalam timbul satu gossip liar mengatakan Nora Danish kini sedang hangat bercinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam.

Di’mulakan oleh sebuah akhbar hujung minggu, Shaheizy Sam sendiri menafikan perkara tersebut yang di’anggap tidak logik, mengarut dan tidak berasas. – mStar Online

Bercakap kepada GUA hari ini, Nora Danish berkata beliau membatalkan hasrat untuk pulang beraya ke Myanmar seperti biasa kerana krisis yang sedang melanda.

Dan, berbalik kepada tajuk, Nora Danish semalam hadir ke majlis sidang media pelancaran novel Mencari Cinta dan juga majlis berbuka puasa yang berlangsung di Jalan Ampang.

Hadir dengan mengenakan busana merah sedondon dengan anak lelaki kesayangan, Rayqal, pasangan anak beranak ini memang menjadi salah satu tumpuan hadirin.

Terima kasih kepada Media Hiburan, anda kini boleh menatap wajah terkini Nora Danish bersama Rayqal sekitar majlis yang berlangsung semalam.

 

Blogger Cun Cipta Rekod Cium 100 Lelaki

on 30 July 2012


Yang Ya-ching, seorang blogger berbangsa Taiwan mempunyai misi untuk mencium 100 lelaki tak dikenali di Paris. Ia berumur 27 tahun dan sedang belajar di Paris.

Dengan hasrat untuk mengenang keberadaannya di bandar ini, dia memulakan misinya dengan mencium salah seorang pekerja 'advertising' yang sedang memasang papan tanda.

Tindakannya ini menimbulkan kontroversi sendiri di blog peribadinya. Menurut Taipei Times, para lelaki Taiwan agak cemburu dan menyesalkan kenapa misi ini dilakukan di Paris bukannya di Taiwan sendiri. Sedangkan yang lain berkritik bahawa misi ini hanyalah salah satu alasan untuk dapat mencium lelaki tampan di Paris.

 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved