Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bukti Ika Nabila Ditaja Golongan VVIP

on 4 August 2012


Pelakon cantik dan berbakat, Ika Nabila, bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Terlalu banyak kontroversi melanda Ika Nabila sehingga pernah dilabel 'lesbian', kini lebih senang bergerak sendiri ke majlis-majlis anjuran media.

“Majlis ini Ika datang sorang je, PA Ika tak datang sebab Ika dari rumah tadi. Jadi kalau tak ada perkara yang melibatkan kerja, Ika akan datang sorang je la,” ujar Ika apabila diajukan soalan ke mana perginya PA beliau.

Ketika sesi temubual antara pihak OHBULAN! dengan Ika Nabila di Majlis Buka Puasa anjuran Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, rabu lalu Ika memaklumkan bahawa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, beliau tidak banyak membuat persediaan kerana beliau baru sahaja mengeluarkan kereta baru.

“Tahun ini perancangan untuk Raya tak banyak sangat sebab Ika baru keluarkan kereta baru.” Apabila ditanya apakah jenis kereta barunya itu Ika menjawab, “Alah kereta biasa jer, kereta Vios,” ujarnya sambil tergelak.

Menurut Ika, pada tahun ini beliau akan menyambut Raya di rumah keluarganya di Pulau Pinang, dan setelah itu beliau akan pulang ke kampung di Perak.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ika baru sahaja selesai pengambaran filem Tanda Putera dan sekarang ini beliau tengah sibuk untuk pengambaran drama TV3 untuk slot Azalia, Darjat.

(Gambar) Alyah Mengerjakan Umrah Secara Senyap-Senyap

Rasanya ramai yang tidak tahu-menahu cerita mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Kisah Hati' ini telah berangkat pergi ke Kota Suci Mekah (Makkah) untuk mengerjakan umrah pada 31 Julai lalu dan dijangka pulang 12 Ogos ini.

Alyah mengerjakan umrah bersama Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD), S. Mohd Gadaffi Syed Ali, rakan usahawan berjaya Datuk Salmah Ismail dan suami dari Ombak Besar, perunding imej Yana dan pemilik butik, Shahwady.

Kami di sini ingin ucapkan selamat mengejarkan umrah dan semoga permergian Alyah bakal memberikan ketenangan kepadanya bersempena bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

 
 

Pelik!!! Roti Yang Ngeri Dan Menjijikkan

on 3 August 2012


Masih ingat roti seram kepala orang yang masuk di Guiness Book of Record tahun 2006 lalu??? Sekarang khabarnya mereka sudah buka kedai di Mall Taman Anggrek, Jakarta. Benar atau tidak, belum dapat dibuktikan lagi. Siapa tahu ada yang minat untuk merasa hidangan ini. Namun, fizikal roti sebegini memang agak ngeri untuk dimakan. Agaknya mereka dah kehabisan idea mencipta roti yang menyelerakan.

SUMBER

(6 Gambar) Bila Bibir Dicocok Silicon 10 Kali

Kristina Rei, 22 dari St Petersburg Russia menghabiskan lebih RM 20,000 bagi mendapatkan bibir besar macam dubur baboon. Beliau yang mula melalukukan suntikan silikon kedalam bibir sejak berusia 17 tahun masih belum berpuas hati dengan bibir beliau dan bercadang menyuntik lebih banyak silicon supaya ianya lebih besar. Setakat ini beliau sudah melakukan 10 suntikan. Beliau menyuntik bibir menjadi besar kerana mahu kelihatan seperti karakter kartun Jessica Rabbit. Kristina juga berkata selepas beliau sudah berpuas hati dengan bibir beliau akan membesarkan buah dada pula.

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved