Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bukti Ika Nabila Ditaja Golongan VVIP

on 4 August 2012


Pelakon cantik dan berbakat, Ika Nabila, bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air. Terlalu banyak kontroversi melanda Ika Nabila sehingga pernah dilabel 'lesbian', kini lebih senang bergerak sendiri ke majlis-majlis anjuran media.

“Majlis ini Ika datang sorang je, PA Ika tak datang sebab Ika dari rumah tadi. Jadi kalau tak ada perkara yang melibatkan kerja, Ika akan datang sorang je la,” ujar Ika apabila diajukan soalan ke mana perginya PA beliau.

Ketika sesi temubual antara pihak OHBULAN! dengan Ika Nabila di Majlis Buka Puasa anjuran Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, rabu lalu Ika memaklumkan bahawa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, beliau tidak banyak membuat persediaan kerana beliau baru sahaja mengeluarkan kereta baru.

“Tahun ini perancangan untuk Raya tak banyak sangat sebab Ika baru keluarkan kereta baru.” Apabila ditanya apakah jenis kereta barunya itu Ika menjawab, “Alah kereta biasa jer, kereta Vios,” ujarnya sambil tergelak.

Menurut Ika, pada tahun ini beliau akan menyambut Raya di rumah keluarganya di Pulau Pinang, dan setelah itu beliau akan pulang ke kampung di Perak.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ika baru sahaja selesai pengambaran filem Tanda Putera dan sekarang ini beliau tengah sibuk untuk pengambaran drama TV3 untuk slot Azalia, Darjat.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

apa bukti nyer....?


4 August 2012 at 14:39
aswadz said...

xkan beli vios pun nak kata kena taja. org gaji rm2500 pun mampu pakai vios. bulan2 baru rm700++ (paling basic).


5 August 2012 at 11:24
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved