Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar Terbaru) Aksi Comel Bayi Lelaki Dynas Mokhtar

on 7 August 2012

Mohamed Haqaish nama anak kedua Dynas Mokhtar dan suaminya yang lahir pada 15 Jun 2012. Sebelum ini, Dynas mempunyai seorang anak perempuan bernama Khyra Khalyssa yang comel. Sebelum ini, Dynas dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Khayra Khalyssa.

Nampaknya, lengkaplah sudah kebahagiaan pasangan ini dengan kehadiran sepasang anak. Tahniah!!!

 
 

Gempar!!! Peneroka Felda Saman Perdana Menteri, Najib Razak

Hari ini dalam sejarah, 8 peneroka menyaman Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan istilah 'haram jadah' yang digunakan pada ceramah beliau.

(Gambar) Michael Phelps Berparti Bersama 3 Pingat Emas Olimpik 2012


Ahli sukan terhebat dalam sejarah sukan Olimpik 2012, Michael Phelps membawa bersama tiga teman rapatnya untuk pergi berparti sakan pada minggu lepas - pingat emas, pingat emas dan pingat emas.

Hanya selepas beberapa jam menamatkan acara berenang terakhir dalam kareer, atlit berbakat dari Amerika Syarikat ini kelihatan berparti di Soho, membawa bersama tiga pingat emas yang dimenangi pada Olimpik 2012 dan seorang gadis misteri.

 
 
 
 
 

Kenapa Victoria Beckham Tidak Pernah Senyum???


Victoria Beckham atau Posh Spice mempunyai suami yang kacak dan penyayang, David Beckham serta empat anak yang membesar dengan cukup sihat, empayar fesyen yang gemilang serta duit yang terlampau banyak. Boleh dikatakan beliau sudah memiliki segala-galanya.

Tapi, apa sebabnya Victoria Beckham yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls ini tidak pernah kelihatan gembira? Nak tahu apa kata Victoria Beckham?

"Dulu saya banyak ketawa di dalam foto. Tapi, saya rasa saya mual berhenti ketawa apabila saya mula menyertai fesyen.

"Ya, fesyen telah mencuri senyuman saya dan saya seolah-oleh telah mewujudkan seseorang yang lain. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa orang itu bukannya diri saya tetapi secara keseluruhannya dia bukannya mewakili diri saya yang sepenuhnya,"katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved