Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Selebriti Jelajah Singgah Sahur 2012 Di Muar, Johor

on 8 August 2012


Boleh dikatakan program Singgah Sahur terbitan TV3 ini kini sudah menjadi salah satu program wajib pada bulan Ramadhan.

Hujung minggu lalu, penduduk Muar menerima kunjungan krew Singgah Sahur untuk menyelami pengalaman dan berkongsi cerita bersama insan-insan yang diraikan serta penduduk kampung.

Berbeza dengan episod Singgah Sahur sebelum ini, menerusi episod 7 yang bakal bersiaran pada 12 Ogos ini, program ini akan diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa.

Mereka adalah YB Dato Noraini Binti Ahmad,Ahli Parlimen Parit Sulong dan Datuk Rahim Razali, Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Dan pastinya penyeri program Singgah Sahur untuk edisi Muar ini menyaksikan Johan As’ari, Izara Aishah dan Danny X-Factor selain beberapa personaliti TV3 yang turut serta.

Kemeriahan sambutan dari penduduk Muar sendiri agak luar biasa. Walaupun acara diadakan seawal 3.00 pagi, penduduk kampung sanggup datang untuk memeriahkan program.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

(GAMBAR) Mawi, Ekin Dan Cahaya Malaika Di Majlis Berbuka Puasa Arteffects International

Selebriti terkenal, Mawi dilihat menghadiri majlis berbuka puasa Arteffects International semalam. Dan sudah tentunya beliau tidak pergi berseorangan, Ekin dan anaknya, Cahaya Malaika dibawa sekali.

 
 
 
 

(Gambar) Paris Hilton Bermesra Dengan Lelaki Misteri Di Tepi Pantai

Pewaris empayar hotel Hilton, Paris Hilton baru-baru ini dilaporkan telah bercuti ke Perancis bersama seorang lelaki misteri. Pelakon Hollywood yang berusia 31 tahun ini dilihat bermesra dengan lelaki misteri tersebut di tepi pantai di sana.

Lelaki misteri tersebut dikatakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Eropah dan mereka sudah lama berkawan.

 
 
 
  
 
 
 
 

Akibat Ingin Cantik, Alat Sulit Melecur


Akibat terlalu ghairah menjaga kecantikan dalaman, seorang wanita ini menerima pengajaran paling berguna apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano yang ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu (Kuala Lumpur) menerusi sebuah akhbar tempatan.

Bercakap pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved