Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

AZZA ELITE DISAHKAN MENGANDUNG

on 24 August 2012


Azza Elite Disahkan Mengandung - Selebriti wanita tanah air, Azza Elite telah disahkan hamil pagi tadi setelah mendirikan rumah tangga kira-kira empat bulan lalu bersama suami beliau, Azlan. 

“Saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk cuma tempoh haid saya sedikit lewat. Pada mulanya saya dan suami seperti sudah agak pada raya pertama, tapi kami ambil keputusan untuk tunggu dahulu. Hari ini baru saya berpeluang untuk melakukan pemeriksaan dan syukur alhamdulillah, saya disahkan hamil,” kata Azza.

DOWNLOAD RAYA HAFIZ RAYA


Download Raya Hafiz Raya - Terlepas menonton program raya ini, Raya Hafiz Raya??? Tidak mengapa, kami sediakan link untuk memuat turun dan menontonnya di blog kami. Jangan risau, ianya percuma sahaja.

 

Download Raya Hafiz Raya
part 1 - HULKSHARE
part 2 - HULKSHARE
or
part 1 - ZIPPYSHARE
part 2 - ZIPPYSHARE

Single link
UPLOADED.TO

ZED ZAIDI PERTIKAI ASTRO???


Kita disuapkan dengan rancangan-rancangan TV yang menarik apabila hari raya datang dari mana-mana stesen TV tidak terkecuali stesen TV berbayar Astro. Tetapi Zed Zaidi nampaknya tidak gembira dengan rancangan ulang tayang dan jumlah iklan yang semakin bertambah di Astro.

Meluahkan perasaanya menerusi Twitter, Zed Zaidi mempersoalkan ketiadaan program raya yang baru di Astro sedangkan iklan bertambah banyak dan harga caj bulanan semakin meningkat. Malah Zed Zaidi turut menyelitkan persoalan mengenai royalti artis di dalam kenyataannya.

Kami rasa setakat ini pelakon tidak dibayar royalti walaupun rancangan mereka ditayang berulangkali menerusi mana-mana stesen TV. Pelakon bukannya seperti penulis lirik, pencipta lagu atau penyanyi yang mendapat royalti setiap kali lagu mereka dikeudarakan. Apa pendapat anda tentang kata-kata Zed Zaidi tentang Astro???

Anak Pelacur Dikawinkan Beramai-ramai

on 23 August 2012


Satu majlis besar-besaran perkahwinan dan pertunangan telah diadakan di sebuah kampung di negeri Gujarat India untuk anak-anak perempuan pekerja seks di bawah pelan untuk menyelamatkan mereka daripada menjadi pekerja seks.

Acara ini dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan di Manch(VSSM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan masyarakat terpinggir nomad

Jurucakap VSSM berkata tiada siapa sebelum ini yang mahu mengahwini seorang gadis dari Vadia kerana orang-orang lelaki di kampung ini dikenali kerana membuat duit melalui kerja pelacuran wanita.Aktiviti sosial yang dianjurkan ini menelan belanja 900,000 rupee ($ 18,000) dan dikatakan bakal menamatkan perdagangan wanita di kampung Vadia.

Tujuh pasangan yang telah dikahwinkan dan 15 yang lain terlibat dalam acara pertunangan pada hari Ahad di kampung Vadia dalam daerah Banaskantha. Vadia sering dipanggil "kampung pelacur".Pengantin selalunya berumur 18 tahun ke atas.Acara pertunangan pula untuk mereka yang berumur 18 ke bawah.Setelah berkahwin, perempuan-perempuan ini tidak boleh dipaksa melacur.

Sebelum ini, gadis-gadis yang datang dari masyarakat Saraniya (gadis asal Vadia) tidak berkahwin dan bekerja sebagai pelacur di bandar-bandar yang berdekatan.

 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved