
FILEM PERTAMA ARAHAN SYAFIK YUSOF, SAM TIDAK LAKU??? - Filem pertama arahan Syafik Yusof, Saya Amat Mencintaimu ataupun SAM hanya berjaya mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari.
Satu lagi kisah klasik berulang apabila sebuah filem berkualiti menjadi mangsa selera filem rakyat Malaysia yang masih dahagakan sentuhan Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Tayangan serentak filem tempatan dalam seminggu sebenarnya tidak banyak membantu dalam persaingan. Jika para pembaca ada masa, penulis sarankan anda ke pawagam untuk menonton.





