BELI DADAH DAPAT PISTOL | Jenayah - Kewujudan sebahagian besar pistol haram di negara ini dipercayai didalangi sindiket pengedaran dadah yang memperoleh senjata itu dari negara jiran secara percuma selepas membeli dadah dalam jumlah besar.
Di kalangan sindiket dadah tempatan, kegiatan di pasaran gelap itu dikenali dengan istilah beli ‘barang’, dapat ‘besi’ iaitu barang merujuk kepada dadah manakala besi adalah pistol.
Selain modus operandi itu, pistol boleh diperoleh dengan harga RM900 hingga RM1,500 daripada golongan penyeludup yang kebanyakannya anggota kongsi gelap untuk pelbagai kegiatan jenayah.