Nama bekas Ratu Dunia Malaysia 2008/2009, Soo Wincci
semakin mekar di persada seni hiburan tanah air, lebih-lebih lagi selepas
beliau melahirkan single pertamanya berjudul Terus Teranglah ciptaan
Ajai dan Joe Flizzow.
Soo Wincci bakal menyarungkan gaun indah bernilai hampir RM80,000 yang diterbangkan khas dari bandaraya New York, hasil rekaan pereka fesyen tersohor global, Michael Kors.
Gaun meleret merah menggoda yang diberi nama Crimson Stretch Matte Jersey Goddes Gown itu akan dipakai Soo Wincci untuk melalui laluan permaidani merah dan mungkin akan membawa tuah untuk dia merangkul anugerah pada malam kemuncak berkenaan.