Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

LELAKI CABUL SOFA DIDENDA RM 28000

on 29 September 2012


LELAKI CABUL SOFA DIDENDA RM 28000 - Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara boleh berlaku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.

Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan. Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.

Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

“Kejadian berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.

“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.

Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.

Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau. Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 jika disabit kesalahan.

SURAT CINTA ANWAR, TONGKAT NIK AZIZ DILELONG


SURAT CINTA ANWAR, TONGKAT NIK AZIZ DILELONG - Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu..Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.

Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.

Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.

Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.

Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.

Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman.

Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.

UPACARA MELEMPAR DOSA KE DALAM KOLAM IKAN

on 28 September 2012

UPACARA MELEMPAR DOSA KE DALAM KOLAM IKAN - Kaum Yahudi ortodoks di Bnei Brak mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air. Cebisan roti dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu.

 
 
 
 
 
 
 

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS NEGERI SEMBILAN 28 SEPTEMBER 2012



KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS NEGERI SEMBILAN 28 SEPTEMBER 2012 - Perlawanan hangat malam ini, 28 September 2012 antara ATM melawan Negeri Sembilan. Perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan beraksi di separuh akhir.

ATM vs NEGERI SEMBILAN 
3-1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved