Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ISTERI GUNA DARAH HAID DAN AIR MANI GAJAH TUNDUKKAN SUAMI

on 30 September 2012


ISTERI GUNA DARAH HAID DAN AIR MANI GAJAH TUNDUKKAN SUAMI - Tergamak seorang isteri menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

KEKASIH KONTRAK, RM 6000 SEMINGGU


KEKASIH KONTRAK, RM 6000 SEMINGGU - Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’ kepada lelaki berhidung belang.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.

Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

GAMBAR PELAKON DAN MODEL TERCANTIK FILIPINA

on 29 September 2012

GAMBAR PELAKON DAN MODEL TERCANTIK FILIPINA - Seorang artis dan model tercantik negara Filipina, Sam Pinto atau nama sebenarnya Samuelle Lynne Acosta dilahirkan pada 11 Disember 1989 dan berasal dari Paranaque. Sam mula bergiat dalam dunia hiburan pada tahun 2009 sehingga sekarang. Beliau banyak membintangi drama-drama TV seperti Spooky Nights: Panata, Legacy, Captain Barbell Ang Pagbabalik dan banyak lagi.

 
 
 
 
 
 

GADIS 16 TAHUN LESAP BERSAMA RM 30000 MILIK IBU


GADIS 16 TAHUN LESAP BERSAMA RM 30000 MILIK IBU | Isu Semasa | Berita - eorang gadis berusia 16 tahun, dipercayai menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu bersama barang kemas milik ibunya bernilai RM30,000.

Gadis yang bernama Siti Saharah Abd Hamid dikatakan keluar dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang pada 4 September lalu dipercayai mengikut teman lelakinya yang baru dikenali berasal dari Kelantan.

Bapanya, Abdul Hamid Mahmood, 63, berkata ketika keluar dari rumah, anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan juga tidak memberitahu  keluarga.

“Kami tidak pernah berselisih pendapat, malah dia merupakan anak yang rapat dengan keluarga. Dia juga tidak pernah mempunyai teman lelaki namun selepas mengenali lelaki itu, dia mulai berubah, “ujar ayahnya.

“Dari maklumat yang diperolehi, dipercayai anak saya berada di Kelantan dan mengikut lelaki yang baru dikenalinya itu yang berhajat melangsungkan perkahwinan dengan anak saya di Thailand.

“Saya risau dengan keadaan ini, kerana dia masih bersekolah dan kehilangannya, menjadi tanda tanya kami sekeluarga,” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, isterinya, Jambi Hassan, 58 juga sudah kering air mata, mengenangkan nasib anaknya itu.

“Saya syak mungkin dia dipukau kerana anak saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini. Pernah saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun taliannya dimatikan dan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya.

Abdul Hamid mengharapkan supaya sesiapa yang menemui anaknya, di sekitar Kelantan termasuk di Rantau Panjang atau sekitarnya supaya dapat menghubungi talian 017-9875300 atau Eqram di talian 017-9405369.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved