4 JAM DALAM NERAKA 10 SETAN |
Isu Semasa - Empat jam menjadi tempoh sangat lama dan penuh smenderita bagi seorang
wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir sepuluh lelaki warga Myanmar
selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong
Perdana, di sini.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan
berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki
Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan
parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi
belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan
tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran
dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.
“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum
seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa
merayu dikasihani,” katanya.