FACEBOOK UNTUK 18SX | Isu Semasa - Seorang pengguna facebook (fb) dikesan
memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan
aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan
cara mudah.
Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya,
individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan
perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman
sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.
Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang
diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan
membuat pembayaran melalui pindahan wang.
Sebelum itu,
kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur
cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke
alamat diberikan.
Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.