Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GADIS INI MATI DISEBABKAN KENTUT

on 12 November 2012


GADIS INI MATI DISEBABKAN KENTUT - Di Ohio USA berlaku kes pergaduhan dan kematian paling bodoh abad ini. Shaakira Dorsey, 16, meninggal dunia setelah bergaduh dengan seorang rakannya. Punca pergaduhan dipercayai adalah kerana Shaakira mengutuk kawan beliau yang terkentut ketika memandu sebuah kereta.

Menurut laporan ABC Channel 5 Shaakira pengsan selepas bergaduh dengan remaja yang dirahsiakan identitnya ini. Beliau kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis akan mendakwa remaja yang bergaduh dengan Shaakira dan beberapa orang dewasa yang ada ketika pergaduhan tersebut. Ini termasuklah ayah tiri Shaakira kerana dari laman Facebook dan Twitter polis mendapat tahu beliaulah yang memandu Shakira ke rumah suspek untuk bergaduh. Tambah mengejutkan polis menerima panggila 911 yang mengatakan pergaduhan dua orang remaja ini disaksikan orang dewasa yang bertindak sebagai pengadil pergaduhan.

Bapa tiri Shaakira tidak mahu mengaku salah atas kesalahan memandu Shaakira ke lokasi pergaduhan dan cuba menyembunyikan fakta daripada polis.

SHILA AMZAH MULA DEMAND, RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN



SHILA AMZAH MULA DEMAND, RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN - Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan Shila Amzah selama setengah jam, bayaran yang dikenakan sebanyak RM25,000. Tetapi, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

"Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang", kata agen Shila Amzah.

PUNCA JUSTIN BIEBER DAN SELENA GOMEZ PUTUS CINTA


PUNCA JUSTIN BIEBER DAN SELENA GOMEZ PUTUS CINTA | Gosip - Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi remaja tersohor antarabangsa Justin Bieber dan Selena Gomez akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah serta membawa haluan hidup masing-masing.

"Selena berpisah dengan Justin kira-kira 2 minggu yang lalu. Sebabnya ialah kerana mereka sudah tidak mahu mampu untuk menangani jadual kerjaya mereka yang sangat padat.

"Dan ia sesuatu yang sangat mencabar buat mereka. Seperkara lagi, Selena juga mempunyai masalah untuk meletakkan kepercayaanterhadap Justin. Sebelum ini pun, mereka telah beberapa kali berpisah tapi kemudian menyambung kembali hubungan mereka. Sekarang ini berpisah balik.

"Apapun, mereka masih muda. Buat masa ini mereka berpisah lagi, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin mereka akan versama semula. Siapa tahu, selepas ini Selena akan mula rasa serius dengan Justin selepas ini," kata satu sumber.

BEDAH PERUT KELUAR SUDU


BEDAH PERUT KELUAR SUDU - Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved