Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

LELAKI INI BINA BOLA GERGASI UNTUK SELAMATKAN DIRI DARI KIAMAT

on 24 November 2012

LELAKI INI BINA BOLA GERGASI UNTUK SELAMATKAN DIRI DARI KIAMAT - Seorang lelaki dari negara tembok besar China telah mencipta satu bola gergasi yang dipanggil 'Ark'. 'Ark' ini dikatakan mampu selamatkan manusia daripada hari kiamat. Dia membelanjakan sebanyak RM 750,000 untuk membina bola gergasi ini. 'Ark' ini diperbuat daripada 300 spring, 75 airbag dan juga besi.

 
 
 

FARID KAMIL TERKEJUT DIANA DANIELLE MENGANDUNG AWAL


FARID KAMIL TERKEJUT DIANA DANIELLE MENGANDUNG AWAL - Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari menafikan dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada berjumpa pihak media selepas isterinya aktres Diana Danielle mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu.

Farid, 31, berkata, dia mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan media kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.

“Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.

“Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,” katanya.

Diana mendedahkan dia hamil selepas 16 hari bernikah menerusi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya Isnin lalu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.

Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.

“Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.

“Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.

“Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.

“Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,” katanya.

DENDAM GADIS SIAM, NAFSU LELAKI INI DIKUNCI


DENDAM GADIS SIAM, NAFSU LELAKI INI DIKUNCI  - Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.

Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.

Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.

Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.

Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.

(GAMBAR) KEADAAN PALESTIN SEBELUM DIJAJAH ISRAEL PADA TAHUN 1900

on 23 November 2012

KEADAAN PALESTIN SEBELUM DIJAJAH ISRAEL PADA TAHUN 1900 - Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 sebelum penjajahan Israel. Terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dan sebagainya. Selain itu, keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu dimusnahkan Zionis dan sekutunya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved