APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI??? - Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak
lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk
berlakonan.
Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular
menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan
bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah awal sebelum nyawanya diambil
oleh Allah s.w.t.
"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon.
Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana
berhijrah pada masa yang tepat.
"Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.
"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya
berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya.