Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI???

on 10 December 2012

 

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI??? - Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakonan.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t.

"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat.

"Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.

"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

perubahan yg amat2 membanggakan.....


10 December 2012 at 16:24
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved