ANJOULIE TERPAKSA TIDUR LOKAP, KELUARGA TIDAK JAMIN - Zarina Anjoulie bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah atas
tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram dan ikat jamin
berjumlah RM2,000 setiap seorang dibenarkan ke atas mereka semalam
Rakan lelaki beliau, Mohamad Fakhruzaim telah membayar wang RM2,000
itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang manakala Zarina Anjoulie
khabarnya masih berada di lokap kerana tiada penjamin.
Seorang rakan wanita telah hadir untuk membayar wang ikat jamin
Zarina Anjoulie tetapi telah ditolak mahkamah kerana mereka tiada
pertalian keluarga, sepertimana syarat untuk ikat jamin.
Sehingga 4.00 petang semalam, masih tiada ahli keluarga yang tampil
membayar wang ikat jamin dan pelakon ini telah dibawa ke Kompleks
Penjara Kajang.