SARANG PIL GUGUR KANDUNGAN BAYI - Menjadikan forum sebagai
port untuk menjual pil gugur janin, seorang lelaki yang mendakwa dirinya penasihat doktor pelatih mendapat keuntungan secara mudah dengan menjual pil itu secara terbuka.
Dengan hanya menaip ‘pil gugur’ di Internet, forum berkenaan terpampang sebagai antara carian popular sekali gus memudahkan sesiapa membeli pil untuk menggugurkan janin, sama ada pasangan suami isteri yang enggan menimang cahaya mata ataupun remaja terlanjur.
Selain pelawat forum, beberapa ejen pembekal ubat sama mengiklankan produk mereka di situ, malah ada di antara mereka bersaing dengan menawarkan harga lebih rendah bagi memancing pelanggan.
Bagi memudahkan pelanggan menghubungi mereka, nombor telefon juga dipamerkan di forum berkenaan namun ada juga antara mereka memilih untuk berurusan menerusi e-mel bagi mengenal pasti identiti pelanggan sebelum berurusan.