SHARNAAZ AHMAD AKUI KONGKONG SHILA AMZAH - Sharnaaz Ahmad akhirnya mengakui beliau memang mengawal pergerakan Shila Amzah kerana penyanyi itu bakal isterinya dan serius dengan hubungan mereka ketika ini.
“Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan”
“Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” kata Sharnaaz Ahmad.
Sampai begitu sayangnya Sharnaaz Ahmad pada Shila Amzah, memang patut pun pasangan ini kahwin cepat cepat — biar ‘kongkongan’ ini lebih bertempat sifatnya.