TAYLOR SWIFT SANGAP SEKS LEPAS PUTUS CINTA - Berita perpisahan
penyanyi Country,
Taylor Swift dengan Harry Styles daripada kumpulan
One Direction bukanlah berita yang baru buat semua peminat hiburan luar negara.
Namun, ramai yang tidak tahu sebab di sebalik perpisahan mereka itu. Menurut laporan
Radar Online, perpisahan itu berlaku kerana
Taylor Swift tidak aktif melakukan seks dan tidak dapat memuaskan nafsu Harry Styles ketika mereka berasmara di kamar tidur.
Dalam waktu yang sama, Harry pula dikatakan kecewa dengan cara Taylor Swift menangani perpisahan itu. Taylor dikatakan bimbang dengan anggapan masyarakat tentang hubungannya dengan pelbagai jejaka popular tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Dia tidak mahu dilihat seolah-olah perempuan yang murahan.
Tapi, apa yang dia tidak sedar atau tidak lihat adalah lelaki meninggalkan dirinya kerana sikapnya yang terlalu kolot apabila berhadapan dengan soal seks dan hal ini juga boleh menjejaskan reputasinya.
Styles yang memang diketahui banyak kali berdating dengan wanita yang lebih tua darinya. Malah, sentiasa dikelilingi gadis-gadis muda yang mahu berasmara dengannya.