Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wawa Zainal Nafi Ditaja Bekas Wakil Rakyat

on 12 April 2013


Pelakon baru yang menjadi kegemaran Katak Comel, Wawa Zainal menafikan gosip liar yang mendakwa dirinya kini ditaja oleh seorang individu VIP berstatus bekas wakil rakyat.

“Saya pelik bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia tidak berlaku sama sekali. Saya bukannya jenis yang keluar bersosial atau dilihat berada di mana-mana lokasi dengan lelaki lain. Hakikatnya, jika tiada penggambaran atau komitmen seni, saya akan berada di rumah dengan keluarga sendiri. Apapun, gosip itu tidak berasas dan tidak patut dilayan,” tegas Wawa Zainal.

Tetapi, Artis Baru Wanita Paling Popular ABPBH 2012 ini tidak menolak yang beliau sebelum ini pernah ditawarkan kemewahan oleh golongan VIP yang ingin mendekati dirinya.

“Saya bukan jenis perempuan begitu. Saya tidak suka menggunakan duit orang lain, tetapi lebih senang berbelanja dengan hasil titik peluh sendiri,” tambahnya lagi.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved