Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

HINA ISLAM - BOB LOKMAN PERTAHAN PATRICK TEOH

on 17 January 2013

HINA ISLAM - BOB LOKMAN PERTAHAN PATRICK TEOH




Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Patrick Teoh telah mengeluarkan satu status di akaun facebooknya sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak terhadapnya.
”Tidak boleh salahkan Patrick Teoh.” 
Demikian reaksi pelawak yang kini aktif di pentas ceramah politik, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh yang menyinggung umat Islam

Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman berkata “mereka (orang bukan Islam) tak faham akan kehendak agama kita. Jadi, mereka tak akan nampak keadilan.” 
“Kalau saya juga turut kutuk Patrick Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada wartawan. Menurut beliau, pemerintah yang perlu melakukan sesuatu bagi membendung perkara sama berulang, yang mungkin membawa kepada perpecahan pada masa akan datang. 
“Satu hari nanti, keadaan akan bertambah teruk. Jika ia tak dibendung oleh pemerintah, perang dan rusuhan antara kaum akan berlaku disebabkan agama. 
“Kita kena bagi penjelasan mengapa (berhubung keputusan Kedah). Apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu ada kebaikannya tetapi kalau nak cerita secara terperinci itu terlalu panjang,” tambahnya. 
Teoh mempersoalkan garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui mikro sosial Facebook. Dalam pada itu, Bob berkata penjelasan yang diberikan perlu merangkumi aspek positif dan negatif setiap dari keputusan itu. 


“Dalam soal negatif (larangan) itu, kena ada apa yang positifnya. Bukan setakat Teoh, ramai lagi yang tak faham. “Mereka marah bila kena rogol tetapi dia tak tahu orang bernafsu apabila tengok dia berpakaian seksi,” ujarnya. 
Dalam masa sama, Bob juga menyentuh soal kebangkitan umat Islam di Malaysia yang membantah filem Innocence of Muslims beberapa ketika dulu. 


“Saya nak tanya mereka yang pergi mengamuk tentang filem itu. Dah tengok? Mereka jawab belum. Belum tengok pergi mengamuk buat apa? “Ini memberi kesan yang negatif kepada Islam. Sama juga kalau kita buat tak tahu, tak tampil beri penerangan. Orang Islam akan hilang kredibiliti,” jelasnya lagi.

GAMBAR PASANGAN BERPELUKAN ATAS BUMBUNG KERETA

on 16 January 2013


GAMBAR PASANGAN BERPELUKAN ATAS BUMBUNG KERETA - Pasangan yang sedang melayan sedang syok berasmaradana dalam keadaan berpelukan dan bercium  mesra di atas bumbung kereta ini telah dapat ditangkap tanpa mereka sedari. Agak keterlaluan perbuatan mereka ini.

Apa pandangan anda?

HINA ISLAM : AC MIZAL MENGAMUK DENGAN PATRICK TEOH


HINA ISLAM : AC MIZAL MENGAMUK DENGAN PATRICK TEOH - Selebriti tanah air, Patrick Teoh telah mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga menimbulkan kemarahan para peminat dan artis-artis lain.

Melalui laman Twitter milik AC Mizal, beliau secara terbuka mengecam dan memarahi Patrick Teoh yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.

Atas nasihat individu yang dipercayainya, Patrick Teoh telah mengambil keputusan memadam kenyataan tersebut pada laman Facebook miliknya. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.
\
 

AMARRA SOFEA ROSE, NAMA ANAK EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN

AMARRA SOFEA ROSE, NAMA ANAK EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN


Pelakon Azad Jazmin mendedahkan dia mendapat ilham untuk menamakan anak perempuannya Amarra Sofea Rose bersempena mengambil pangkal nama ibunya dan ibu mertuanya.
 
Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 37, berkata, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya pelakon Eira Syazira pada 11 Januari lalu itu diinspirasikan daripada nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani.
 
“Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.
 
“Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’.
 
“Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
 
Eira selamat melahirkan bayi seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong, 11 Januari lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved