Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

AMARRA SOFEA ROSE, NAMA ANAK EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN

on 16 January 2013

AMARRA SOFEA ROSE, NAMA ANAK EIRA SYAZIRA DAN AZAD JASMIN


Pelakon Azad Jazmin mendedahkan dia mendapat ilham untuk menamakan anak perempuannya Amarra Sofea Rose bersempena mengambil pangkal nama ibunya dan ibu mertuanya.
 
Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 37, berkata, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya pelakon Eira Syazira pada 11 Januari lalu itu diinspirasikan daripada nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani.
 
“Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.
 
“Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’.
 
“Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
 
Eira selamat melahirkan bayi seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong, 11 Januari lalu.




Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

sedap nama tu....


16 January 2013 at 14:55
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved