Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SENARAI ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013 | ANANDA KRISHNAN ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013

on 21 January 2013


SENARAI ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013 | ANANDA KRISHNAN ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013 - Bilionair telekomunikasi dan pemilik Astro, Tan Sri T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2013 apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda Krishnan dinobatkan orang terkaya di Malaysia 2013 selepas mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Robert Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia 2012 berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

8 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN UMMI HAFILDA

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN UMMI HAFILDA - Adik Azmin Ali dan Azwan Ali, Ummi Hafilda telah melangungkan satu majlis perkahwinan bersama pasangan, Dr Zaman Khan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat lalu iaitu 19 Januari 2013.

Tema raja sehari ini ialah Syurga Khayalan, dan majlis tersebut telah berlangsung dengan meriahnya meskipun tanpa kehadiran abangnya, Azwan Ali. Majlis ini dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri.

 
 
 
 
 
 

BAPA HEMPAP ANAK DENGAN TRELER


Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.

Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.

(GAMBAR) RUPA MINUMAN KERAS DI BAWAH MIKROSKOP

(GAMBAR) RUPA MINUMAN KERAS DI BAWAH MIKROSKOP


Sebuah syarikat bernama Bevshots telah menghasilkan satu siri gambar minuman keras di bawah mikroskop di makmal kimia Florida State University. Gambar di bawah ini adalah Martini kering pada pembesaran 1000x.

Pengambilan gambar di lakukan dengan membiarkan titisan minuman beralkohol tersebut hingga kering dan meletakkannya di dalam bekas kedap udara yang kemudian di potret dengan menggunakan kamera 35 mm. Seluruh proses pengambilan gambar ini memakan masa lebih dari 3 bulan dan sebanyak 200 kali percubaan telah dilakukan untuk dapat mengambil bahagian-bahagian dari minuman beralkohol ini.

Chablis

Champagne

Daiquiri


Margarita

Pina-Colada

Sake

Tequilla


Vodka

Scotch

Whiskey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved