Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

DRAMA SAHARA MENGHINA ISLAM

on 31 January 2013

DRAMA SAHARA MENGHINA ISLAM

Kecoh di laman sosial Facebook ketika ini mengenai sebuah drama yang disiarkan Astro Prima yang dikatakan telah menghina perempuan yang berpurdah.

 Terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton.

Menurut satu komen dari Facebook, tujuan berniqab ni untuk mengelak daripada di pandang ajnabi. Jadi tidak tercapai matlamat sekiranya pakai niqab (berpurdah) tetapi boleh dipegang pula.

HANIS ZALIKHA TAKUT GOSIP

HANIS ZALIKHA TAKUT GOSIP

Mengecapi populariti lebih awal ketika bergelar blogger belum mampu membuatkan semangat Hanis Zalikha Zainal Rashid ampuh berdepan gosip. 

Benteng kesabarannya mestilah kuat untuk berdepan dengan asam garam anak seni apabila mengambil keputusan menceburi dunia glamor. 

Bermula sebagai pengacara program berkonsepkan travelog, Mad Market yang disiarkan di TV9, si cantik manis berusia 22 tahun ini sekarang bergelar pelakon. Dia terpilih membintangi filem Gangster Celop yang bakal menemui khalayak, sedikit masa lagi. 

Bagaimanapun, ketika namanya makin meniti di bibir peminat, timbul cerita kurang enak. 

Ada individu yang tidak puas hati dengannya menyebarkan cerita buruk di alam siber. Khabarnya, individu yang melakukan perkara itu ialah bekas teman lelaki Hanis. 

Enggan mengulas lanjut cerita yang tersebar itu, Hanis mengaku, penangan gosip itu hampir-hampir membuatkan dirinya putus asa untuk terus mengatur langkah dalam bidang seni. 
Apabila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa menyesal menceburi bidang ini.
Ingatkan, saya boleh tahan berdepan dengan cabaran bergelar anak seni, tapi tak sangka kesannya amat menyakitkan.
Kalau ikutkan hati, mahu saja saya tinggalkan dunia seni dan kembali menjadi Hanis yang dulu.
Mujurlah keluarga banyak memberi kata-kata semangat. Saya juga tidak mahu cepat kalah dengan dugaan seperti ini, katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Switch for XTRA Road Challenge di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
Hanis berkata, dia bangkit melawan perasaan negatif akibat gosip yang tersebar. 
Saya menceburi bidang ini kerana saya minat dan mahu mencuba bakat yang ada, bukannya nak cari musuh, katanya. 
Biarpun pernah melalui peristiwa kasih tak kesampaian, tidak bermakna Hanis serik kembali bercinta. Malah, tanpa berselindung, dia mengakui bersedia untuk jatuh cinta sekali lagi. 

Buat masa ini saya masih single. Walaupun saya sibuk dengan kerjaya seni, ia tidak bermakna saya lebih menumpukan soal kerja tanpa perlu memikirkan diri. 

Jika ditakdirkan saya jatuh cinta dalam masa terdekat, saya rela. 

Kalau boleh saya tak mahu kahwin dalam usia yang lewat, katanya 

Beralih kepada pengalaman barunya beraksi di layar lebar, Hanis berkata, ia memberi banyak cabaran kepadanya sebagai pendatang baru. 

Sebagai orang baru dalam bidang lakonan, saya akui bukan mudah untuk saya memegang tanggungjawab itu. Apatah lagi, ini kali pertama saya berlakon memegang watak utama. 

Bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada pelakon senior iaitu Syamsul Yusof, Kamal Adli dan pengarahnya, Ahmad Idham yang banyak membantu saya dalam membawakan watak Suzana, katanya. 

Percubaan pertama berlakon Hanis berkata, dia membawakan watak anak ketua gangster dalam filem itu. 

Ini adalah percubaan pertama saya. Jika ada yang tidak kena, harap dapat beri kritikan supaya saya dapat memperbaiki mutu lakonan, katanya merendah diri. 

Disebabkan terlalu sibuk dengan tugas barunya, Hanis berkata, dia tidak cukup masa untuk mengemas kini blog peribadinya, inibelogsaya.blogspot.com sehingga ada peminat tegar blognya menegur. 
Ini pun saya baru selesai menjalani penggambaran program Mad Market musim kedua. Mungkin selepas ini saya kena rajin menulis di blog. Harap peminat saya bersabar, kata Hanis.

GAMBAR MALAM BERINAI LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN MAZLAN

GAMBAR MALAM BERINAI LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN MAZLAN

Pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari ini. Malam semalam telah berlangsungnya majlis malam berinai dan menerusi majlis tersebut kelihatan beberapa rakan artis turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Antara barisan artis yang hadir adalah Datin Paduka Umi Aida, Lisa Surihani, Nabila Huda, serta pelakon cilik Mia Sara. Liyana telah memilih tema Bollywood sebagai pilihan malam berinainya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SHAARNAZ AHMAD BIADAB PADA KELUARGA SHILA AZMAH

SHAARNAZ AHMAD BIADAB PADA KELUARGA SHILA AZMAH

“Saya (ND Lala) dan ibu Shila masih hidup, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh.

Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” tambah ND Lala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved