SHARNAAZ AHMAD NEKAD NIKAH SHILA AMZAH WALAUPUN DIHALANG KELUARGA
Pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad nekad untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun mendapat halangan hebat keluarga.
“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” kataSharnaaz Basir Ahmad.
Konflik terbaru dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila ditolak bapa wanita itu, ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Juvana itu berkata, dia tidak akan berganjak daripada hasrat itu sekalipun ditentang oleh semua pihak.
“Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan semua orang lain.
“Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah,” katanya.
“Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan ‘lampu hijau’ mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil.
“Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut,” tambah Sharnaaz Ahmad.