KOS BAWA GANGNAM STYLE KE ACARA NAJIB LEBIH RM 1 JUTA
Nampaknya Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membawa mana-mana artis popular antarabangsa ke acara politik ketika dasar parti itu cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat.
Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop korea, Psy - yang popular dengan lagu Oopa Gangnam Style - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.
Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang bakal dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Psy mungkin akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan 60 minit dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.