Bintang popular Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan Oppa Gangnam Style ketika kunjungannya ke negeri ini pada Isnin dan Selasa lalu telah menerima satu e-mel berkaitan satu ancaman ke atasnya.
Kawalan ketat dan nasihat keselamatan telah diberikan kepada Psy ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) berikutan ancaman tersebut.
Katanya, polis turut mengatur kepulangan penyanyi terbabit tanpa diketahui umum pada keesokan harinya.
Ancaman terhadap nyawa Psy yang menjadi punca Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meninggalkan pentas lebih awal pada hari itu.