Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bercerai tapi tinggal bersama Seperti suami isteri !!!!

on 27 April 2012

Soalan:
Saya dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.

Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan?


Jawapan :
DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.

Dalam keadaan perceraian talak yang boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.

Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178).


ingin baca lagi soal jawab agama, klik sini
SUMBER

9 Nafsu - Perempuan Tak Pernah Puas

on 26 April 2012

Puas. Perempuan sememangnya tak pernah puas, dek kerana itulah selalunya perempuan yang akan mencari sesuatu yang lebih daripada sepatutnya semata-mata untuk kepuasan diri. Boleh dikatakan apa sahaja perkara dalam hidup, perempuan selalunya mahu lebih.

Anda mungkin biasa dengar, perempuan punyai 1 akal dan 9 nafsu. Nafsu ini melebihi akalnya, lalu menjadikan mereka sering terdorong dengan keinginan dan kehendak.

Aku bukan berkata soal seks, kerana mungkin sesetengah dari anda yang baca blog aku ini fikir aku akan ketengahkan soal seks. Tapi sebenarnya, nafsu perempuan lebih daripada itu. Lihat sahaja cara perempuan berpakaian. Ada rantai, ada gelang, ada talipinggang, kasut, itu dan ini... banyak benda yang memungkinkan mereka akan terdorong untuk keinginan dan kehendak yang melebihi daripada seorang lelaki.

Hinggakan kepada seluar dalam dan baju dalam pun perlu memenuhi kehendak kepuasan mereka.

Kalau mahu cantik, mereka mahu cantik sampai ke dalam kubur.

Andai mahu bergaya, mahu bergaya sampai ketika bersholat pun mahu pakai telekung renda berbunga.

Apabila menutup aurat dengan memakai tudung, fesyen tudung mesti yang terkini.

Mungkin kerana inilah, mereka ini sering dilabel sebagai golongan makhluk yang kurang bersyukur, yakni kufur dengan apa yang mereka telah ada. Lalu, kerana sebab inilah, mereka bakal menghuni banyak isi tingkatan neraka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (H.R Bukhari)
Wahai perempuan, belajarlah cara untuk berpuas hati dan kenal diri dengan rasa syukur. Mahu cantik boleh, mahu kaya boleh, mahu jadi hebat boleh, tapi jangan sampai berlebih, jangan sampai anda kufur dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada anda.


ingin tahu cerita mengenai nafsu lelaki pula, klik sini
SUMBER

Gambar Aksi Justin Bieber Bersama Kereta Ferrari Miliknya

Salam sejahtera... Siapa yang tidak kenal dengan Justin Bieber, penyanyi pop remaja yang paling popular buat masa ini. Beruntung sungguh menjadi Justin Bieber, baru berumur belasan tahun, sudah mampu beli sebuah Ferrari. mari kita terjah gambar Justin Bieber beraksi bersama kereta Ferrari miliknya.

 
 
 
 

ingin melihat koleksi kereta milik Miley Cyrus, klik sini
SUMBER

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Ala-Ala Pearl Harbour

Yang sangat menariknya gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha ini ialah, lain dari yang lain. Selalunya kita tengok pasangan pengantin akan buat shoot di taman bunga kalau tidak pun tepi tasik. Tapi berlainan pula bagi pasangan Awal dan Scha ini, “ala-ala Pearl Harbour gitu!”.

Gambar ini telah diambil oleh  jurufoto, Saiful Nang dan telah berkongsi dengan semua melalui laman Facebooknya. Menurut Saiful Nang sessi fotografi yang di’jalankan baru baru ini mengambil tema penuh berani Best Man Win yang menggambarkan kesungguhan Awal Ashaari dalam usaha memenangi hati Scha al-Yahya.

Awal Ashaari mengenakan persalinan ala tentera atau pahlawan perang & Scha al-Yahya tampak classy dalam persalinan yang menggambarkan beliau sebagai gadis idaman Malaya.

Penggunaan stesen keretapi untuk sessi fotografi ini sebagai simbol pertemuan Awal Ashaari & Scha al-Yahya dari dua arah yang berbeza.

Klasik dan antik, kan?

ingin tengok gambar pra perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved