Saya dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.
Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan?
Jawapan :
DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.
Dalam keadaan perceraian talak yang boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.
Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178).
ingin baca lagi soal jawab agama, klik sini
SUMBER
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
rujuklah pakar atau org tua...sekiranya hal2 begini berlaku... takut menjadi zina nanti.....
28 April 2012 at 14:13
Post a Comment