BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT - Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk 
tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum. Membentangkan dua hari lebih awal 
daripada bajet 2013, Anwar Ibrahim berkata tindakan itu diambil ekoran 
pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.
 Bajet ini akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen 
petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya 
berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan 
boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
 Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu 
sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan 
pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas 
yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam 
Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan
 barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60). 
"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.
"Sokongan
 (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan 
tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," 
kata Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.
Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti 
skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar 
bumiputera menerima manfaatnya.
"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.
Bajet
 alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian 
Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua 
kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah 
Malaysia.