Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kisah Wanita Tua Dan Seekor Kucing Di Tanah Suci

on 11 May 2012


Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

SUMBER

Pergh!!! Kalau Tiada USD 2000, Jangan Makan Di Restoran Ini

Kalau mendengar sebuah restoran yang mempunyai menu dengan harga yang sangat mahal pasti kita akan membayangkan restoran dengan bangunan dan design yang mewah. Tetapi, kali ini anda tidak akan percaya, kerana restoran yang menu-menunya yang berharga sangat mahal ternyata bangunan tidak mewah sama sekali, malah lokasinya juga terletak di tempat yang terpencil iaitu ditengah kebun sayuran dan mawar yang segar. Tepatnya di Yountville, lembah Napa, di California, Amerika Syarikat.

Namanya saja aneh “French Laundry Restaurant”. Entah kenapa restoran ini memakai kata laundry yang bererti mencuci. Apakah yang dimaksud adalah restoran ini akan ‘mencuci’ habis wang pengunjungnya dengan harga-harga makanannya yang sangat mahal. Inilah menu dan harga makanan di restoran ini.

Pemiliknya adalah Thomas Keller, bekas ketua jurumasak yang sempat mendapat pengiktirafan juru masak terbaik di Amerika Syarikat menurut versi sebuah majalah. Dan restoran ini adalah merupakan restoran Perancis yang terkenal dengan menu nya yang menggoyang lidah.

 
 

USD800 MEAL
ed1e92912a1zezqg.jpg

USD120 MEAL
9a92df0b56f250nn.jpg

USD280 MEAL
84ee7e9fd85bih6x.jpg

USD90 MEAL
65e51db5c1oat560.jpg

USD70 MEAL
75bb4ebd5fm81vno.jpg

USD190 MEAL
1de862c61e8xin87.jpg

Dan bil yang keluarkan untuk sekali makan
7ccfd3c131yzhg1k.jpg 
b5beb770a41e2xp4.jpg 

Ganjaran Lumayan Untuk Penderma Sperma

on 10 May 2012

Jumlah belia yang menderma sperma di India meningkat dengan tiba-tiba selepas tayangan filem berjudul 'Vicky Donor', yang mengambil masa hanya 125 minit untuk mencapai sesuatu yang tidak berjaya dilakukan melalui kempen selama bertahun-tahun bagi menggalakkan golongan muda berbuat demikian. Filem terbitan Bollywood arahan Shoojit Sircar ini berkisar tentang pendermaan sperma dan kemandulan. Mula ditayang pada 20 April di kira-kira 750 pawagam di India, filem ini diisytihar sebagai filem 'super hit'.

Sebelum filem komedi romantik ini menemui penonton, bank sperma yang membuka gerainya di institut perubatan, kejuruteraan dan pengurusan untuk menggalakkan golongan muda menderma sperma, tidak mendapat sambutan ramai. Selepas 'Vicky Donor' memasuki pawagam, belia berbaris panjang di pusat in-vitro fertilisation (IVF) dan bank sperma untuk menghulurkan sumbangan mereka, lapor The Times of India.

"Pendermaan sperma kini tidak lagi dibincang secara sembunyi-sembunyi. Sebaliknya, ia dibahas secara terbuka - opsyen yang diterima ramai sebagai suatu usaha murni dan yang boleh menjana pendapatan tambahan," kata pakar kesuburan Dr Himanshu Bavishi. Penderma sperma ditawarkan antara Rs500 (RM27.51) dan Rs3,500 (RM193) bagi setiap sampel, bergantung pada kriteria kelayakan masing-masing dan permintaan pasangan yang inginkan anak.

Garis panduan sedia ada membenarkan seseorang lelaki menderma sperma sebanyak 85 kali sepanjang hayatnya. Bagaimanapun, pakar berpendapat pendermaan sperma lebih teknikal daripada yang didedahkan melalui filem itu.

"Sampel diambil dan disimpan di dalam inkubator selama lebih kurang enam bulan. Kemudian, ujian mengenai jangkitan dilakukan untuk mengesan pelbagai jangkitan, termasuk HIV.  Hanya selepas semua formaliti itu selesai, barulah sampel berkenaan digunakan. Bagaimanapun, ganjaran yang diberi tidaklah selumayan yang disangka oleh golongan muda," kata Bavishi.


SPERMA

Kisah Malam Jumaat Yang Dingin (Versi Lawak)

Pada suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu….

Si isteri bersuara,
“Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

“Kemudian tu…. abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

“Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”

Dengan marah suaminya menjawab,

Nak gi amik gigi …la ni


SUMBER

Makcik Separuh Abad Betukar Wajah Jadi Remaja Cun Dan Seksi

Jung Da Yeon adalah seorang makcik yang pernah bertubuh gemuk seberat 70kg. Suatu hari, dia membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Dia melakukan diet ketat dan senaman. Hanya dalam 3 bulan, dia berjaya mengurangkan 20 kilogram (kg) daripada berat badan. Mari kita lihat perubahan mendadak Jung Da Yeon ini. Jom terjah...

Name: Jung Da Yeon
Date of Birth: Nov 27, 1966
Weight: 162 cm
Weight: 50 kg
Website: http://www.jungdayeon.com
Twitter: http://twitter.com/#!/jungdayeon
Facebook: http://www.facebook.com/jungdayeon


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved