Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Adda Butterfly Kena Cerai Selepas 17 Hari Berkahwin, Melalui Telefon

on 5 June 2012



Nur Syuhada atau lebih dikenali Adda Butterfly, 24 telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Ya, hanya 17 hari.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda Butterfly apabila di’tanya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang”

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda Butterfly yang di’temui baru baru ini.

Adda Butterfly mengakui beliau berusaha untuk menjernihkan keadaan rumahtangga beliau namun semenjak lelaki itu keluar rumah, perbincangan menemui jalan buntu.

Dan akhirnya Adda Butterfly diceraikan melalui telefon.

SUMBER

Gadis 16 Tahun Rela Serah Tubuh Demi Satu Tin Gam

Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ yang diraih, gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.

Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

Gambar hiasan

SUMBER

Gempak!!! Kereta Di 'Transform' Menjadi Motosikal Di Gurun Sahara

on 4 June 2012

Hebat sungguh apabila seorang pengembara gurun sahara berjaya membuat keretanya yang rosak bertukar menjadi sebuah motosikal , mesti korang fikir kenderaan bertukar seperti dalam cerita transformers ! tidak sama sekali...


Ia kisah benar yang belaku pada tahun 1993 dimana seorang pengembara iaitu Emile Leray merentasi Gurun Sahara dan terkandas tengah-tengah gurun tersebut kerana Citroen V vintaj rosak. Dengan itu Frenchman Emile Leray telah mengubah kenderaan tersebut menjadi sebuah motosikal.

Jom kita saksikan bagaimana hasilnya nanti tao ade letak gambar-gambarnya di bawah ini...


Emile Leray membina sebuah motosikal yang menggunakan bahagian-bahagian kereta lama yang agak usang tersebut.

Beliau tanggalkan setiap komponen kenderan Citroen tersebut, dengan mengeluarkan body kenderaan tersebut, dan dia kemudiannya menggunakan sebagai tempat perlindungan menentang ribut pasir.

Sesuai dengan lengan roda terbalik pada casis yang lebih kecil, dan menambah enjin dan kotak gear di tengah-tengah rangka motosikal tersebut. Dan beberapa hari kemudian dia menambah bateri pilak, tangki minyak.

 
 
 

Setelah siap beliau tinggalkan kenderaan tersebut dan meneruskan pengembaraannya.


Ade sebijik lebih kurang macam motosikal Akira tak ? Cuma yang nie togel jer!



Amacam gempak giller lelaki nie da macam tony stark jer.. mampu ireka sesuatu yang baru dalam keadaan yang terdesak.. kalau di tak membuat sebarang tindakan pasti mati berjalan di gurun sahara yang kering tu.

SUMBER

Hindu Dan Islam Berkahwin Di Bawah Satu Bumbung

Untuk julung kalinya di India, pasangan daripada latar belakang agama dan kehidupan yang berbeza, mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang sama di Jaipur, yang lebih dikenali sebagai Pink City.

"Samu Vivah Sammelan" atau majlis perkahwinan beramai-ramai itu, dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Help People Foundatireon.

"Saya berpendapat, kalaulah orang mengikut trend ini, tak akan ada diskriminasi kerana kasta atau keturunan," kata pengerusi pertubuhan itu Afreen Ritu Rajwat dalam kenyataan di sini.


SUMBER

(Gambar) Membonceng Basikal Halimunan Di Sekitar Bandar

Salam sejahtera... pasti ramai yang pernah menaiki basikal kan, tetapi pernahkah anda semua menaiki basikal halimunan yang unik ini. Apa-apa pun mari terjah gambar basikal halimunan di bawah ini...

 
 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved