Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Ibu Leka Chatting Di Internet Sehingga Bayinya Mati

on 3 July 2012


Seorang wanita yang disyaki membiarkan bayinya yang sedang sakit secara bersendirian sehingga menyebabkan kematian, ditahan di sini kelmarin.

Menurut polis dan media, Yumiko Takahashi, 29, melakukan perbuatan itu pada 24 Jun tahun lalu ketika dia leka bersembang di forum Internet, walaupun menyedari bayinya menghidap demam panas.

Sehubungan itu, wanita terbabit ditahan atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian.

SUMBER

SubhanAllah!!! Ular Pelik Berkepala Dua Yang Menggemparkan


Subhanallah. Ini satu lagi benda pelik yang pertama kali aku lihat dan tengok --> Ular Berkepala Dua. Memang pelik. korang pernah tengok tak? Konfem pernah kan sebab gambar-gambar pelik macam ni mesti korang dah tengok.

SUMBER

SubhaAllah!!! Pokok Ini Ada Kalimah Allah Pada Dahannya

on 2 July 2012



SubhanAllah, pokok ini kelihatannya mempunyai kalimah Allah SWT di dahannya. Itulah kuasa Allah SWT. Sebenarnya sudah banyak keajaiban dan kepelikan sebegini berlaku di dunia ini. Kalimah Allah SWT pada telinga bayi, kepala, buah-buahan, awan, pokok-pokok dan banyak lagi...

SUMBER

Koleksi Gambar Manusia Pelik Dari Abad Ke-19

Tiada manusia yang minta dilahirkan dalam keadaan berbeza dengan orang lain. Insan-insan istimewa ini menempuhi kehidupan pada abad ke-19 dengan begitu mencabar di mana mereka bukan sahaja diejek dan dihina seumur hidup, malah turut dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan dijadikan bahan tontonan di sarkas.

Pada abad tersebut, perubatan tidaklah semaju sekarang di mana pengetahuan mengenai penyebab kelaianan genetik sangatlah terhad. Oleh sebab itu, golongan ini dipandang serong oleh masyarakat. Foto-foto di bawah ini adalah koleksi daripada jurugambar Charles Eisenman ketika beliau mengikuti perjalanan sarkas pada pertengahan 1800an di bandar New York.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Remy Ishak Tampar Tiz Zaqyah???


Satu lagi bom gossip jatuh dari tangan Zubir Mohd Yunus atau nama popularnya kini, Zubir MY. Kali ini mengenai keretakan hubungan Tiz Zaqyah dan pasangannya, Remy Ishak.

Rasanya ramai orang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu yang beberapa minggu lalu, Remy Ishak ada mengadu di Twitter tentang layanan buruk dari kekasihnya.

Namun, Tiz Zaqyah yang ditemui media selepas itu menyatakan semua itu lumrah bercinta dan tidak mahu memceri komen lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

Zubir MY dalam tulisan beliau semalam mendakwa menerima informasi mengatakan Tiz Zaqyah kini sudah tidak tahan lagi denga perangai panas baran Remy Ishak.

Sikap panas baran Remy Ishak itu semakin buruk apabila satu per satu telefon bimbit Tiz Zaqyah di’katakan menjadi mangsa selain beberapa penampar singgah di pipi gadis itu. Wow.

“So, sekarang ni Tiz pakai hand phone murah murah, boleh buat call dan SMS saja,” ujar sumber Zubir MY itu dan sehingga artikel ini di’tulis, Tiz Zaqyah turut memiliki iPad yang tidak kurang mahal’nya dan kenapa tidak menjadi mangsa?

Buat masa ini, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masing masing tidak dapat memberikan komen kerana sedang bercuti bersama rakan-rakan di Thailand. Mereka nampak mesra bersama seperti tiada apa yang berlaku. Gambar di atas adalah gambar terbaru mereka di Thailand.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved