Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bapa Paksa Gugur, Paksa Anak Cerai Dengan Suami

on 27 July 2012


Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.

Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.

“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,”

(Gambar) Lebuhraya Sungai Atas Sungai Di Jerman

on 26 July 2012


Lebuhraya sungai atas sungai. Pernah tengok? Inilah sungai atas sungai. Sebuah jambatan dibina untuk laluan air sungai bagi perjalanan perahu & kapal-kapal kecil. Ini merupakan satu saluran jambatan sepanjang Sungai Elbe. Ia terletak di bandar Magdeburg, berhampiran dengan Berlin, Jerman.

SUMBER

Video Kejadian Ribut Pasir Yang Maha Dahsyat


Mungkin kejadian di atas dianggap menakjubkan bagi sesetengah orang. Tetapi musibah pula bagi orang lain. Kejadian Tuhan. Setiap kejadian, ada hikmahnya...


SUMBER

Komen Mamat Sepah Berhubung Isu Samseng Di Twitter


Gara-gara tidak mengesahkan terlebih dulu berita yang mengatakan kononnya pelakon Zed Zaidi telah terlibat di dalam kemalangan, pelawak Mamat Sepah terpaksa menerima bahannya apabila ditempelak ramai pihak.

Ianya berlaku selepas Mamat Sepah memuat naik status serta foto mengenai pelakon Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman di dalam akaun Twitter peribadi miliknya pada malam kelmarin (Selasa malam).

Berikutan itu, Mamat Sepah telah dihentam kerana tidak mengesahkan terlebih dahulu berita tersebut sebelum menyebarkannya berserta dengan foto yang sebenarnya merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Malah, Mamat Sepah terus dikecam kerana sikapnya yang dianggap tidak beradab ketika membalas kembali status Twitter daripada peminat dan pengikut dalam akaunnya, terutama sekali pemilik akaun Twitter bernama Hazrey yang telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pelawak tersebut.

Bagi mendapat penjelasan daripada Mamat mengenai tindakannya itu, portal murai.com.my telah menghubunginya sendiri pagi tadi. Dengan tenang, Mamat menjawab:

"Mengenai status dan foto tersebut, saya hanya copy terus daripada status BlackBerry Mesengger (BBM) yang dihantar seorang artis veteran ke dalam akaun Twitter saya. Saya melakukannya selepas mendapat kesahihan daripada artis tersebut pada lewat malam kelmarin.

"Selepas mengemas kini akaun Twitter saya itu,saya terus tidur dan apabila bangun sahur dan melihat kembali akaun Twitter saya, ramai yang membalas tweet saya itu dan memberitahu bahawa berita itu tidak benar.

"Saya ada meminta maaf kepada beberapa orang yang membalas Twitter saya di atas berita yang tidak benar itu.

"Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut," katanya.

Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.

"Hazrey memarahi saya kerana status saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang artis yang bodoh. Siapa sahaja yang dimaki begitu, pasti akan melenting dan hilang sabar, begitu juga saya.

"Saya tidak mengenali Hazrey. Jika benar dia adalah wartawan, mana perginya etika sebagai wartawan? Mengapa saya dihukum sampai begitu sekali dengan kata-katanya yang tidak beradab?

"Jadi jangan salahkan saya kenapa saya boleh bersikap kurang ajar dan di luar kawalan di dalam laman Twitter itu. Saya harap Hazrey boleh datang sendiri meminta maaf kepada saya dengan tindakannya itu kerana terus-terang, sehingga kini saya tidak dapat memaafkannya lagi.

"Untuk tidak mahu kes ini berpanjangan, saya sudah pun menutup akuan Twitter termasuk laman sosial, Facebook," jelasnya lagi.

Bagi terus mendapatkan kesahihan berita tersebut, Mamat Sepah memberitahu dia terus menghubungi Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman untuk bertanyakan mengenai hal itu serta meminta maaf di atas tindakan yang tidak disengajakannya itu.

"Saya sudah menghubungi Zed Zaidi dan meminta maaf pada dia kerana tidak sengaja menyebarkan berita palsu itu.

"Saya juga ada berbincang dengan Zed mengenai apa yang berlaku di Twitter. Zed Zaidi bagaimanapun tidak ambil hati kerana ramai yang turut tertipu dengan berita tersebut, lebih-lebih lagi setelah melihat fotonya itu," luahnya.

Mamat berharap, semua pihak faham dengan keadaannya dan meminta maaf dia atas keterlanjuran yang tidak disengajakannya itu.

Jual Cendol RM120,000 Sebulan


“Saya pernah diisytiharkan muflis hingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank,” kata Muhamad Burhan Salikon, 45, peniaga cendol di sini yang mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

Muhamad Burhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, di sini memulakan perniagaan itu sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008.

Katanya, dia mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mampu membeli lori dan beberapa van serta menggaji pekerja.

Muhamad Burhan berkata, selepas perniagaan cendolnya maju, dia cuba menjalankan perniagaan berkaitan balak dan kayu getah, namun bapa kepada sembilan anak ini tersilap langkah hingga diisytiharkan muflis pada 2002.

“Waktu itu memang susah. Bayangkan anak sedang membesar dan saya tiba-tiba hilang segala-galanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved