Pelakon cantik yang sedang meningkat naik namanya, Izara Aishah kelihatan lebih bersemangat baru-baru ini seperti ada sesuatu atau seseorang yang menyuntik semangat kepadanya. Apa agaknya yang membuatkan Izara Aishah sebegitu, para pembaca boleh agak tak?
Ok, tamat dengan mukadimah. Pertemuan antara Izara Aishah dengan Fazura yang juga merupakan salah satu idolanya dalam sebuah sesi fotografi telah menjadi satu kenangan manis buat pelakon junior tersebut apatah lagi bila seniornya itu memujinya dalam bidang seni lakonan.
Fazura juga menyatakan bahawa Izara mepunyai masa depan yang cerah dalam industri tanah air dan bakal menggantikan para pelakon-pelakon hebat yang ada masa kini dengan bakat juga perwatakan serta sikapnya yang sentiasa mesra dengan peminat serta bijak, dalam waktu yang sama pandai menjaga tingkah tingkah lakunya.
"Sebagai seorang pendatang baru dalam bidang ini, mendapat pujian dan kritikan membina sedemikian merupakan perkara satu bonus buat Izara yang baru 2 tahun bergelar pelakon.
"Rasa bangga pun ada, malah Izara rasa lebih bersemangat untuk terus memperbaiki mutu lakonan dan mencontohi para pelakon yang saya jadikan idola seperti Fazura sendiri termasuklah Maya Karin dan Nadiya Nisaa,"ujar Izara Aishah