Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kerana Gosip, Siti Saleha Buang Rakan Facebook

on 17 August 2012


Pelakon cantik manis, Siti Saleha mengambil langkah lebih selamat dengan menyingkirkan rakan Facebook-nya apabila kecoh di media mengatakan dia sedang dilamun cinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney. Lebih kurang 1000 orang rakan Facebook telah disingkirkannya.

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu dimuat naik di Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang sedang meningkat naik ini sekali menegaskan dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana dia mahu fokus terhadap bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga tidak suka bercerita mengenai kisah peribadinya kepada media.

Subhan'Allah!!! Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit



Kisah benar yang akan diceritakan di bawah ini yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Semoga ia menjadi suatu iktibar kepada kita semua.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.


Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua

(Gambar) Farah AF Selamat Lahirkan Anak Perempuan

on 16 August 2012


Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai selebriti tanah air yang popular dengan title 'Breep Breep', Farah Diana ini. Kami mendapat tahu beliau baru sahaja melahirkan anak perempuan malam semalam (15 Ogos 2012). Bayi comel ini adalah hasil daripada perkahwinannya dengan Johari pada pertengahan tahun lepas.


Tahniah penulis ucapkan kepada Farah AF. Pastinya hari lebaran tahun lebih istimewa bagi Farah AF dengan kelahiran cahaya mata ini.

Koleksi SMS Pantun (Ucapan) Hari Raya


Lagi beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan pastinya ramai orang akan jenuh berkongsi pantun ataupun ucapan raya secara sms dengan sahabat handai, pakwe makwe, skandal-skandal, kaum keluarga dan lain-lain. Hehe

Mari kita baca dan berkongsi pantun dan ucapan raya di bawah.

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe. (nama penghantar dan family)

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.

Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)


Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)


Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,

äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)


B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf zäHir & BÄtin..
Drp (nama penghantar dan family)

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada

TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)


Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)


Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

.***.,.***. __

* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)


(‘) = -=*” * ” *

__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)


.i. .i.

* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”"”‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)


Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)


although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”
RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan

selamat hri raye,
maaf zahir dan batin.

Panas!!! Aaron Aziz Ditangkap Khalwat


Aaron Aziz , pemenang anugerah Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ditangkap khalwat dalam serbuan Jabatan Agama. Tetapi betulkah cerita ini. Teruskan pembacaan anda.

Agak sukar untuk mempercayai, apatah lagi pada bulan ramadan yang mulia ini. Lagi pula, pelakon kegilaan anak gadis ini tidak pernah sekali pun, penulis dengar apa-apa cerita yang kuurang enak mengenai Aaron Aziz.

Aaron Aziz memang kena tangkap khalwat tetapi ianya bukanlah berlaku dalam dunia realiti. Sebaliknya, ia berlaku sewaktu Aaron Aziz sedang menjayakan babak berkhalwat dalam drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang bakal ditayangkan di Mustika HD (Saluran 134) pada 27 Ogos ini.

Dalam drama ini, Aaron Aziz memang watak sebagai seorang jejaka kacukan Melayu-Inggeris, Adam Mukhriz Gellespie yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis remaja kampung bernama Ain Hawani lakonan Nadiya Nisaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved