Mumia yang dijumpai secara kebetulan oleh pekerja jalan raya Cina di Kota Taizhou, Provinsi Jiangsu dipercayai dari Dinasti Ming. Apa yang menariknya, rupa dan bentuk mumia ini berada didalam bentuk yang amat baik dan dipelihara, boleh dilihat melalui kening dan pakaiannya. Mumia ini juga dipercayai seorang wanita dan juga salah satu ahli tertinggi pada era Dinasti Ming.
Menurut pengarah Muzium Taizhou, Wang Weiyin, menyatakan bahawa sebahagian besar Xinhua (pakaian mumia tersebut) diperbuat daripada sutera dan juga kapas. Tambah beliau lagi, kebiasaannya sutera dan kapas amat sukar untuk dipelihara dan hasil penemuan mumia tersebut mendapati ianya menggunakan teknik pengembumian yang berprofil tinggi atau teknologi canggih pada waktu itu.