Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

FATWA BARU ABBY ABADI MENGENAI WALI

on 12 September 2012


FATWA BARU ABBY ABADI MENGENAI WALI | Gosip Panas | Politik - Artis tanah air yang kini kerap mengadakan ceramah politik, Abby Abadi berkata seseorang lelaki yang memakai seluar pada paras atas lutut (tidak menutup aurat) lebih dari 3 kali, maka tidak sah baginya untuk menjadi wali.

Ianya telah dimuatkan pada laman Twitter miliknya.

APA SUDAH JADI PADA ZED ZAIDI???


APA SUDAH JADI PADA ZED ZAIDI??? | Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi, dilaporkan telah kehilangan sebuah kereta yang diletakkan dalam kawasan letak kereta luar Kondominium Perdana View, Damansara Perdana semalam.

Kereta yang tidak didedahkan modelnya merupakan kereta kedua Zed Zaidi dan hanya diletakkan di luar kerana kuota hanya sebuah untuk parking dalam.

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang, kuncinya berada dalam simpanan isteri saya”

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kerana pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal," ujar Zed Zaidi.

TAHNIAH!!! AYU RAUDHAH MENGANDUNG LAGI


AYU RAUDHAH MENGANDUNG LAGI | Berita Artis - Artis tanah air, Ayu Raudhah telah mengesahkan bahawa beliau telah hamil sekali lagi. Dan pada tempoh kehamilan kali ini, beliau akan lebih berhati-hati supaya tidak keguguran lagi.

"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya," ujar Ayu Raudhah.

GAMBAR TERBARU LIYANA SAMSUDIN YANG COMEL

GAMBAR TERBARU LIYANA SAMSUDIN YANG COMEL | Gambar Artis - Pelakon yang sedang meningkat naik, Liyana Samsudin baru sahaja selesai penggambaran filem Strawberi Cinta dan akan menemui para peminat tidak lama lagi. Dalam filem ni, dia memegang watak seorang gadis Jepun yang datang ke Malaysia bernama Ichigo Yamada.

 
 
 
 

TANGAN HANCUR HINGGA KE BAHU DITELAN PENGISAR


TANGAN HANCUR HINGGA KE BAHU DITELAN PENGISAR - Malang tidak berbau apabila tangan kanan seorang pengusaha kedai kek dan roti hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedai dekat Simunjan, Kuching semalam.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Alice, 40-an telah mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi. Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.

Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved