GAMBAR MAYA KARIN SAMBUT HARI JADI DI NEPAL | BIRTHDAY PARTY | Gambar Artis - Selebriti cantik dan popular tanah air, Maya Karin bakal meraikan hari lahir di Nepal. Tidak cukup dengan itu, beliau bercadang ingin mendaki gunung di sana.
Beliau bersama bapanya akan mengembara selama 10 hari ke Nepal dan merancang untuk mendaki gunung. Percutian yang dirancang sekitar bulan hadapan ini kebetulan bertindan
dengan tarikh hari lahir Maya Karin iaitu 29 Oktober.
GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN LIN DAN DAN ZIE XINGFANG - Pemain badminton nombor satu China dan juga pemegang pingat emas Olimpik 2012, Lin Dan baru sahaja mengahwini pasangannya, Xie Xingfang yang juga pemain badminton pada satu majlis pernikahan mereka yang sangat meriah.
Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open. Dalam perkahwinan ikrar ataupun marriage vows, Lin Dan telah memegang tangan isterinya dan menjerit 'I do' di depan para tetamu. So sweet...
KOMEN NEELOFA MENGENAI PERCUTIANNYA DENGAN HANS ISAAC| Gosip - Pada 24 September 2012 lalu, ada satu gosip yang menyatakan pelakon cantik, Neelofa telah pergi
bercuti ke Koh Samui, Thailand bersama Hans Isaac. Namun begitu, Neelofa telah menafikan gosip tersebut.
Menurut Neelofa, Hans Isaac sudah berlepas di Koh Samui beberapa hari sebelum pemergiannya kumpulan kelab golf dia dan tiada
perjumpaan berlaku antara mereka berdua.
Neelofa juga pelik apabila dikaitkan dengan percutian Hans Isaac di
Koh Samui sedangkan Nazim Othman ketika itu turut berada di Phuket
tetapi tiada sebarang gossip timbul.
Tambah pelakon ini lagi, semua itu terjadi secara kebetulan dan kesal apabila pemergian beliau untuk bercuti di Twitter dan
dimanipulasi oleh pihak tertentu.
MASYA'ALLAH!!! REMAJA SEKARANG SUKA UPLOAD GAMBAR LOVEBITE DALAM FACEBOOK - Apa sudah jadi dengan remaja kita sekarang??? Tidak cukup dengan berbuat dosa, mereka pula dengan beraninya memuat naik gambar lovebite yang terdapat pada badan mereka ke dalam akaun facebook mereka. Ish ish ish
MALIQUE TOO PHAT MENINGGAL DUNIA | Berita Artis | Gossip - Sebaik saja dikhabarkan meninggalkan dunia, pihak Warner Music
Malaysia telah bergegas ke rumah komposer, rapper dan penyanyi Malique
di kediamannya di Kota Damansara, petang tadi.
Ternyata, Malique yang juga anggota kumpulan Too Phat ketika ditemui
sihat walafiat di samping keluarganya. Namun, Malique sendiri khabarnya
terkejut apabila mengetahui tentang berita yang kononnya mengatakan dia
sudah mati, apatah lagi bila ianya telah disebarkan dengan begitu meluas
sekali di dalam industri hiburan tanah air.
Bingung dengan motif serta penyebaran berita palsu tersebut, Malique
serta-merta telah mengeluarkan kenyataannya sendiri berhubung hal
tersebut di dalam Youtube. Berikut adalah kenyataannya:-
"thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is
sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song
written for black and monkey bone records. everyone involved in the
production of this song is pretty much healthy and living happily. stop
being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song.
just enjoy it. cheers, qarma musiq".
Kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam youtube lagu Teman
Pengganti yang menggandingkan Malique dengan Black. Malique yang masih
lagi memegang status sebagai artis distribution untuk syarikat rakaman
Warner Music Malaysia banyak menghasilkan lagu gandingan bersama
beberapa penyanyi rakaman tanah air. Antarany ialah Dato M Nasir, Jamal
Abdillah, Black, Najwa Mahidin dan Amanda Imani.