LELAKI INI DISIMBAH ASID PADA KEMALUAN - Akibat memperkosa gadis bawah umur, seorang lelaki disimbah
asid pada kemaluannya oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke
rumahnya di Jelutong petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh
berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang
sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau
Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli
keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam
sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.
Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika
sabit kesalahan.
Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen
324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat
atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.