Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

LELAKI INI DISIMBAH ASID PADA KEMALUAN

on 1 December 2012


LELAKI INI DISIMBAH ASID PADA KEMALUAN - Akibat memperkosa gadis bawah umur, seorang lelaki disimbah asid pada kemaluannya oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
 
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
 
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.
 
Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

panda montel said...

puas ati org tu dapat balas perbuatan lelaki tu perkosa keluarga mereka. yg bodohnye adalah pompuan dan lelaki tu. Xde akal...


1 December 2012 at 11:01
Unknown said...

haha padanla muke dia

melecur itu sakit tapi azab api neraka lg sakit

mohon dia insaf


1 December 2012 at 11:13
Unknown said...

dua dua bersalah....... harap2 semua insaf!


1 December 2012 at 13:04
MalizaMah said...

yup. ada terbaca berita ini.... macam2 skrg.


1 December 2012 at 13:52
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved