Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SENARAI LOKASI MAKSIAT SAMBUTAN TAHUN BARU

on 31 December 2012

SENARAI LOKASI MAKSIAT SAMBUTAN TAHUN BARU




Senarai Lokasi Maksiat Sambutan Tahun Baru 2013. Ada promosi dan potongan harga lagi untuk buat dosa. Tak dikira lagi yang merayu-rayu mintak cuti dari majikan masing-masing. Berkejar-kejaran manusia mencari dosa rupanya. (garu kepala)

Genting Highlands bersama awek yang takut sejuk, dengan special promotions yang super hebat. Bilik hotel murah, ini baru dinamakan jiwa muda. Tapi kalau dapat tipu duit mak ayah, dapat lebih sikit, bermaksiat di Theme Park LEGOLAND Malaysia di Johor, kalau tak pus terus ke Singapura, lagi gerek seh. Yang ni best, suasana romantik pulau. Bercinta dan berpesta di pulau bebas cukai! bebas semuanya pun seronok jugak. Macamana dengan Langkawi? Dengar cerita bilik Hotel Langkawi ada potongan harga untuk tahun baru. Ermm, nak bawa awek yang mana satu yer. Aku masih muda, jiwa muda tak takut mati, dosa nanti aku taubat ler.. Kalau tempat yang sesak sikit, boleh sentuh-sentuh, tak tahan. Enjoy 2013 New Year's Eve Street Party Countdown di Tropicana City Mall pun dahsyat, power jugak bermaksiat disana. Kalau kawan-kawan ajak ke KL, boleh berpesta di pertunjukkan bunga api di Mutiara Damansara Commercial Centre, Kuala Lumpur. Seronok sangat! Terkinje-kinje sambil tengok bunga api, awek-awek mesti bergegar. Seronoknya bermaksiat ni kan. Asyik monyet di Zoo aje yang terkinje-kinje, kami pun nak juge. Pastu terus Mabuk empat tiang di SohoKL @Solaris Mont Kiara.

Ni baru sikit Info Lokasi Maksiat Sambutan Tahun Baru 2013. Tercungap-cugap tu, sabor aje la yer. Di internet dan media massa, mereka berlumba-lumba promosikan lokasi sambutan tahun baru ni. Ada yang buat undian untuk pilih lokasi paling meriah untuk malam 31 disember ni. 

LIVE STREAMING AMBANG 2013 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS



LIVE STREAMING AMBANG TAHUN BARU 2013 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS - Tidak tahu hendak ke mana arah mahu dituju sempena New Year ini. Mari kita saksikan live streaming ambang tahun Baru 2013, Ambang13 bersama Ustaz Azhar Idrus ini yang bertempat di Dataran Shah Alam bermula jam 8 malam.


Streaming Live by Ustream

20 GAMBAR RESEPSI PERKAHWINAN KHAIRUL FAHMI (APEX) DAN LEUNIEY NATASHA

20 GAMBAR RESEPSI PERKAHWINAN KHAIRUL FAHMI (APEX) DAN LEUNIEY NATASHA - Pada tanggal 30 Disember 2012 telah berlangsung satu majlis resepsi bagi meraikan pengantin baru yang baru sahaja dinikahkan beberapa hari lalu, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha yang diadakan di negeri kelahiran Apex, Kelantan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SERINA REDZUAWAN KANTOI GUNA GAMBAR PALSU UNTUK LARISKAN PRODUK




SERINA REDZUAWAN KANTOI GUNA GAMBAR PALSU UNTUK LARISKAN PRODUK -
Anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan pada awal November lalu.

Ayat Serina pada gambar itu mendakwa lelaki tersebut berjaya kurus dengan bantuan satu produk kesihatan yang dijual oleh beliau.

Menariknya, tuan empunya gambar telah meninggalkan komen bahawa tidak mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina Redzuawan.

 

TIZ ZAQYAH SUDAH TEMUI PENGGANTI REMY ISHAK

on 30 December 2012


TIZ ZAQYAH SUDAH TEMUI PENGGANTI REMY ISHAK

Dalam temubual terbaru bersama Harian Metro, Tiz Zaqyah membuka mulut tentang apa kemungkinan untuk beliau kembali bersama Remy Ishak selepas hubungan berakhir.
“Apa yang berlalu biarlah berlalu. Usah dikenang atau letakkan apa apa harapan lagi. Saya tidak berani nak cakap lebih-lebih, apatah lagi soal membabitkan hubungan sesama manusia”
“Kemungkinan untuk kami berpatah balik itu mungkin tidak ada agaknya. Saya tak pernah fikir perkara ini, malah kini hanya fokus pada kerjaya,” ujar Tiz Zaqyah baru baru ini.
Menariknya, apabila di’tanya sama ada Tiz Zaqyah sudah pun temui pengganti atau tidak, pelakon ini mengakui yang hatinya kini sudah di’miliki tetapi tidak mahu bercerita lanjut.
Tiz Zaqyah meminta semua supaya tidak lebih membicarakan kisah cinta beliau berbanding kerjaya yang merupakan fokus utama beliau ketika ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved